MyInvois e-POS
No in-app products collected for this app.
| Rating | |||
|---|---|---|---|
| Malaysia | <1%0 | — |
Description
Aplikasi MyInvois e-POS ialah platform digital Point-of-Sale (POS) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) khusus untuk kegunaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang beroperasi di Malaysia.
MyInvois e-POS boleh diakses secara percuma bagi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta menyokong penyimpanan rekod perniagaan yang lebih sistematik.
Aplikasi ini direka dengan mengintegrasikan fungsi utama operasi perniagaan seperti perekodan jualan, pengurusan pengguna, pengurusan inventori dan pelaporan kewangan. Selain itu, MyInvois e-POS turut menawarkan fungsi pengeluaran resit atau e-Invois bagi merekodkan transaksi penjualan barangan atau perkhidmatan yang diberikan. Resit atau e-Invois tersebut boleh dihantar melalui e-mel tanpa perlu dicetak untuk diserahkan secara fizikal kepada pelanggan.