MySPPIM
Productivity

MySPPIM

JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN) · released 15 Oct 2025 · Open in App Store ↗

Revenue 30d not estimated
Downloads 30d not estimated
Rating 1.19 21 reviews

No in-app products collected for this app.

Rating
Malaysia100%211.19

The store shows a different set in every country

Description

Permohonan Kebenaran Berkahwin

Semua urusan kebenaran dan pendaftaran pernikahan di Malaysia perlu mengikut Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri. Ini bagi memastikan pernikahan tersebut mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan berlandaskan hukum syarak.

Permohonan Kebenaran Berkahwin yang disediakan melalui SPPIM hanya meliputi 9 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor, Selangor dan Terengganu.

Permohonan Kursus PraPerkahwinan

Pendaftaran Kursus PraPerkahwinan secara dalam talian adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran Kursus PraPerkahwinan.

Pemohon boleh membuat semakan jadual kursus berdasarkan tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk membuat pendaftaran.

Permohonan Khidmat Nasihat

Perkhidmatan khidmat nasihat secara online ini disediakan bagi membolehkan pemohon mendapatkan temu janji sesi runding cara secara bersemuka dengan pegawai runding cara, Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Islam Daerah.

Permohonan Khidmat Nasihat Online pada masa ini hanya meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).