SaveME 999
Utilities

SaveME 999

JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN) · released 26 Oct 2025 · Open in App Store ↗

Revenue 30d not estimated
Downloads 30d not estimated
Rating 1.38 349 reviews

No in-app products collected for this app.

Rating
Malaysia100%3491.38

The store shows a different set in every country

Description

Aplikasi SaveME 999 (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”) diperkenalkan secara rasmi kepada rakyat Malaysia sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menguruskan perkhidmatan kecemasan melalui aplikasi telefon pintar. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri, antaranya membolehkan pengguna membuat permintaan bantuan kecemasan seperti kebakaran, jenayah, bantuan perubatan, bantuan kemanusiaan, kecemasan di laut dan lain-lain perkhidmatan kecemasan yang berkaitan di dalam Malaysia.

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk kecemasan melibatkan insiden-insiden yang meletakkan nyawa dalam keadaan berisiko dan menyebabkan kerosakan terhadap harta benda atau alam sekitar.

Aplikasi ini turut direka khas untuk membantu individu cacat penglihatan (buta) dan cacat pendengaran (pekak) yang memerlukan bantuan kecemasan. Orang awam boleh menambah maklumat tambahan seperti teks, rakaman suara, gambar/video untuk membantu agensi kecemasan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.

Aplikasi dan data adalah milik Kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi (KK) Selaras dengan hasrat negara ke arah pendigitalan teknologi, aplikasi ini

diperbaharui dengan pelbagai fungsi baharu dan menumpukan kepada pengurusan perkhidmatan kecemasan secara lebih digital, cekap dan berkesan.